@mj12theseries

s4ramŽKMŹ series 06 ~ HIJAB

Informações:

Sinopsis

Kisah berikut adalah pengalaman misteri yang dialami oleh saudara Azeem dari Pulau Pinang. Terima Kasih, Azeem. Anda juga boleh saksikan video version di Youtube https://youtu.be/G04ERH-Tkh4 Saya Azeem dari Pulau Pinang. Semasa di sekolah lagi memang teringin nak belajar ilmu ilmu ghaib dan batin. Pada tahun 2017 saya pernah ikut jemaah “Perguruan Laksamana Sunan” gurunya berasal dari perak. Nama samaran dia Raden Ahmad. Guru tu ada buat sesi buka hijab dekat gunung jerai. Ada lagi keilmuan yg lain yang saya dapat . Ada khas Perubatan dan bertempur . Kira kalau saya pilih perubatan saya kena tetap dengar perubatan. Tak boleh ubah. Sebelum nak berjumpa tu dia ada syarat iaitu kena puasa mutih iaitu puasa hanya makan nasi putih tak boleh campur dgn makanan yg berdarah dan bernyawa. Selama 3 hari dan 3 malam. Selepas solat fardhu kena amalankan zikir zikir tertentu. Malam tu kami jumpa dekat bawah Gunung Jerai seramai 10 orang. Semua dah berumur 30, 40 tahun kecuali saya yg paling muda 21. Kita nak menuntut i